Thursday, 27 April 2017

5 Tips mudah bagi pemandu baru uber dan grabcar



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Bagi anda yang baru memulakan karier separuh masa atau sepenuh masa sebagai pemandu uber atau grabcar, ada beberapa tips umum yang boleh dijadikan panduan bersama.

1. Pastikan kereta dalam keadaan bersih sebelum memulakan perjalanan. Kereta yang bersih memberikan pengalaman yang lebih baik kepada penumpang. Sekiranya penumpang berpuas hati dengan kondisi kereta rating juga akan naik.

2. Pastikan anda menyediakan duit kecil yang mencukupi. Terpulang kepada anda untuk menyediakan RM 10, 20 atau seberapa yang anda inginkan. Wang tukar yang mencukupi memudahkan dan melancarkan perjalanan anda.

3. Pastikan anda tahu menggunakan apps driver bagi uber dan grabcar. Anda jangan risau kerana link latihan untuk apps ini ada disertakan ke email anda setelah anda mendaftar sebagai pemandu.

4. Pastikan handphone anda memiliki applikasi waze atau google maps. Ini kerana kedua-dua apps uber dan grabcar ini akan menggunakan maps atau waze sebagai petunjuk navigasi.

5. Pastikan anda memiliki powerbank, Handphone holder dan lebih baik jika memiliki kad Touch n Go beserta Smart Tag.

Ini sedikit perkongsian ringkas buat anda pada entry kali ini. Semoga bermanfaat buat kita bersama.

No comments:

Post a Comment