Saturday, 23 September 2017

Perbezaan UBER dan GRAB yang perlu anda ketahui

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog ubergrabkiosk.com. Pada hari ini entri saya berkaitan perbezaan diantara Sistem UBER dan GRAB. Saya tahu ramai dikalangan anda tercari-cari apakah dia perbezaan antara 2 syarikat ini? Mana satu the best untuk bawa dan jana pendapatan sampingan?

Disini saya akan huraikan serba sedikit perbezaan 2 syarikat e-hailing ini buat pembelajaran kita bersama. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya memandu bersama syarikat UBER dan GRAB.



1. Tambang

Ramai driver mengatakan bahawa tambang GRAB lebih tinggi berbanding UBER. Namun perlu diketahui bahawa GRAB mengenakan tambang yang fix manakala UBER mengenakan tambang yang berubah ( per km dan per min). Pengalaman saya adakalanya bagi satu destinai yang sama tambang GRAB lagi mahal berbanding UBER dan adakalanya sebaliknya berlaku. Tambang yang tinggi sudah tentu menjanjikan pulangan yang lebih kepada driver.

2. Lokasi Drop- Off

Bagi Driver GRAB, Lokasi drop Off penumpang telah diketahui sebelum mereka menerima satu-satu tugasan. Manakala bagi UBER pula driver tidak mengetahui lokasi drop off penumpang sehinga penumpang memasuki kenderaan dan Driver menekan butang "Start Trip". Perbezaan ini sudah tentu memberi kelebihan kepada para pemandu GRAB berbanding UBER. Namun sebagai rider, situasi ini sedikit memberi kesan kerana sesetengah driver hanya menerima tugasan untuk trip yang jauh sahaja berbanding dekat. Berbeza dengan pemandu UBER, pada kebiasaanya mereka akan ambil hampir kesemua tugasan yang diberikan.

3. GPS Sistem

Sistem GPS Uber adalah lebih tepat berbanding GRAB. Betul atau tidak, saya rasa anda boleh cuba sendiri. Satunya kerana didalam applikasi rider, UBER memberikan pilihan untuk meletakkan pin lokasi secara tepat. Sebagai contoh, saya berada di sebuah shopping mall, sistem UBER memberikan saya peluang untuk meletakkan pin point lokasi saya berada supaya Driver UBER dapat ambil saya secara tepat. Sistem ini lebih memudahkan driver dan tidak membuang masa berpusing-pusing mencari lokasi penumpang.

4. Insentif

GRAB sehingga artikel ini ditulis masih menggunakan pakai sistem insentif mengikut perjam. Sebagai contoh sekiranya anda dijanjikan 1 jam rm 40 bagi 3 trip dan anda hny mendapat RM 25 bagi 1 jam tersebut, pihak GRAB akan menambah komisen pemandu. (Terpakai bagi GRAB PRO dan AMBASSADOR shj). Namun ada pelbagai syarat yang perlu diikuti seperti Acceptance atas 85 peratus, cancelation dibawah 10 peratus selain mengekalkan rating 4.7 keatas.

Namun bagi UBER pula, mereka menggunkan sistem insentif yang dinamakan Boost dan cash Bonus. Contohnya sekiranya Driver melengkapkan sekian jumlah trip, Pihak UBER akan memberikan tambahan bonus tunai kepada Driver ( terpakai di beberapa lokasi shj). Adapun dikawasan baru seperti sandakan saya difahamkan pihak UBER juga menggunakan insentif perjam seperti GRAB.

Selain itu terdapat juga insentif kenaikan harga tambang seperi SURGE bagi UBER dan HIGHER PRICE bagi grab.

5. Lokasi Airport

UBER memiliki sistem yang sangat smart bagi pemandu yang ingin menunggu di Airport. UBER memperkenalkan sistem FIFO ( First In First Out) dimana pemandu hanya perlu menunggu nombor giliran queue untuk mengambil penumpang di airport serta menunggu di lokasi yang telah ditetapkan.

GRAB pula lebih kepada nasib dan untuk mendapatkan signal dari Rider. Adakalanya sejam menunggu dah dapat rider. Adakala 4-5 jam menunggu 1 rider pun belum tentu dapat. 

Solusinya jika ada kedua2 apps, open UBER dan GRAB sekali.

6. Khidmat Pelanggan.

Sekali lagi UBER memiliki sistem khidmat pelanggan yang lebih baik berbanding GRAB. sebarang permasalahan pihak UBER boleh dihubungi melalui chat/call/email/report melalui apps atau tak setel juga, walk in terus ke pejabat. Manakala GRAB perlu menghubungi Customer servis yang adakalanya line sukar untuk ditembusi disamping walk in ke pejabat.

7. Penumpang

Dari pengalaman ramai driver, penumpang UBER lebih beretika berbanding GRAB. Ini kerana UBER mengamalkan sistem rating two-way dimana Rider boleh memberikan rating kepada Driver dan Driver juga boleh memberikan rating kepada rider. Sistem ini sudah tentu lebih adil kepada kedua-dua pihak. Berbanding GRAB dimana hanya rider boleh memberikan rating kepada Driver dan Driver tidak ada kuasa untuk memberikan Rider Rating. Sistem rating ini sangat memberi kesan sama ada kepada Driver dan juga kepada Rider.

Ini sebahagian dari perbezaan antara kedua syarikat UBER dan GRAB. Pada saya sekiranya kereta anda layak untuk memandu bersama-sama UBER dan GRAB, daftar keduanya sekali bagi meraih manfaat dari setiap kelebihan yang ditawarkan oleh pihak syarikat.

Sekian.

No comments:

Post a Comment